Haih! What the hal lah hujung minggu ni rasa sangat kosong tahu? Supposed aku dah balik Kedah, ni ayah cakap suruh tunggu dulu, jangan sembrono je depa kaki balik Kedah. Nak beli tiket tak de transport nak pi cek , nak ajak kawan, depa tak da. Ha ni tecongok di rumah sewa. Nasib ada Rara. Haih! Haih! Haih! At first masa mak ayah datang hantar aku, aku tak nangis pun. Masa nak tinggalkan rumah pun aku tak nangis. Nah sekarang nak nangis ke tak aku macam bengong sekejap. Kena pikir banyak kali sebelum aku tumpahkan air mata darah ku. Nanti sia-sia nangis buat hapo camtuh! Erggh! TAK SUKA TAU NANGIS MACAM BUDAK-BUDAK KECIK! Semangat mau kental! Sekental kaki besi!
Masa first-first aku dapat offer dar SI ni, memanglah aku excited gila. Takdanya nak rasa sedih. Hari-hari aku bahagia. Untill beberapa hari(detik-detik terakhir), waktu aku kemas baju, kemas keperluan datang sini langsung lah tak rasa sebarang jenis perasaan yang menggugat jiwa. Tibalah masa aku berpisah dari rumah, aku still maintain, cool saja. Dan tidak lupa pada waktu aku on the way datang SI, aku chill lagi. Well, biasalah nak pergi menuntut ilmu memang kena sacrifice sikit lah. Wojojojojo!
::))
Back to the past. Selepas aku tau aku dicampakkan ke Perak dengan sengaja, maka aku cuba untuk mencari sohabat hondai yang juga mendapat naseb serupa seperti ku. Wani kenalkan aku dengan Dina, diikuti dengan Rara, seterusnya Shima(currently dia dah transfer ke Shah Alam) and Aina. Guess what? Sekarang dalam rumah sewa aku cuma tinggal 4 orang which is maksudnya kadar bayaran per head dah naik lah. Nak cari orang tapi bukan mudah. :) Gudluck.
Woahahahaha! Aku seronok nak pergi kelas. Minggu pertama, aku seronok pakai baju kurung macam dulu-dulu waktu diploma. Seronok aehh! Aku excited. Minggu pertama ni, pengangkutan kami ialah bas tajaan UiTM. Even bas ni under UiTM, tapi kami selaku penaikinya perlu bayar RM1. OKAY? RM 1! Dan aku bencikan keadaan ni. 1 hari RM2 aku perlu spent untuk sampai ke kelas. Kejadahnya aku nak jimat duit, nak menabung? Kalau bawak transport pun, tempat students parking kereta jauh. Means that sama saja bawa ka tak bawa ka. Sama saja adik manis~~~~~ Baik aku jalan, plus stesen bus bersebelahan dengan fakulti aku. DEKAT LAH JUGAK. :)
Okay, tahukah anda pelajar-pelajar di sini semuanya kerek nak mamfus? Tak tahu kan? Aku cakap HAI dekat jiran sebelah, dia boleh buat muka bengong. Sepatah harom dia tak balas sapaan aku tuh. Caiiit! Apa ni? Hari daftar hari tu aku dah nampak, tapi aku ignored sajalah. Dan dan, sekrang baru tau, mereka bersikap sedemikian kerana mereka sudah knew each other since Diploma. No wonder lah kalau kami ni yang langkau ke part 3 dipandang serong, langsung lah mereka menyombong dengan kami. Rasa macam nak tampar mereka sedas! Supaya anasir-anasir tu tahu " WOI AKU NI WUJUD LAH!".
As usual, seperti waktu diploma dulu, aku masih lagi seorang pemonteng kelas yang tegar. Bukan senang aku nak ambil keputusan muktamad nak pergi kelas. Kalu dulu di Arau aku istiqomah pergi kelas, maybe aku akan dapat keputusan cemerlang bagi subjek Future and Option. Kan kan? Tapi aku tak, aku macam dulu jugak. Tak ada rasa nak insaf. Minggu pertama dah ponteng. Ala. chill la Minggu pertama orang masih main-main lagi. Nak daftar course pun tak boleh lagi. :)
Erm, moh ler~~ Dah petang ni ha......