Assalamualaikum, assalamuaikum..
Well guys, watcha doin?
Nothing?
Owh why?
I'm out.
Owh why baby?
Shut up.
Alangkah tak indahnya bila dimulakan entry ni dengan kata-kata tak masuk di akal sebegitu. Kalau nak bagi salam bagilah betul-betul. Katakan Assalamualaikum, bukannya Kum, Kum. Apa kau ingat ni rumah nenek kebayan? Jadi apa kena pulak nenek kebayan dengan cerita ni Hello March ni. Jika awal-awal lagi sudah menyimpang entah ke mana, ke tengah nanti kemana pula dilencong. Yang penting aku tidak akan sesekali menghijack mana-mana entry dari mana-mana blog untuk kepentingan sendiri. Habis merapu apa ini ? Sudah, sudah.
Well, well well lagi. Awal Januari hari tu aku berhadapan dengan 1 angin sawan sedikit, iaitu angin mengepost gambar makanan yang dimasak. Yang setahu aku setiap gambar menu yang dipost ke sini adalah dikategorikan sebagai masakan simple mudah. Hey salah tu, dalam menu tu aku ada jugak masak gulai @ kari okay. Aku tak lah se-bandar mana sampai tak reti nak masak. Alah, apa nak kisah sangat jika makanan itu tak sedap. Kucing aku kan ada. Ecececece, makanan makan kari ka anneey? Tak makan.
Sedikit ulasan tentang 2014.
Hari 2013- 2014. Tahun ni aku rasa teruk. Tak tau apa yang teruknya. Tapi aku rasa teruklah. Perkatan paling hebat pun tak dapat nak menggambarkan rasa teruk tu. Sesungguhnya teruk laa. Apalah teruk sangat berbanding nyawa kita terhenti kan?
Perkara ni pertamanya sangat menggembirakan hati-hati ayah aku. Ayah sangat-sangat terasa gembiranya di hati. Sekali gus aku pun terasa kegembiraan dalam ketangisan. Kami sudah siap siaga melompat, gelak, celebrate lagi bersama jemaah keluarga yang lain. Kami semua ketawa bahagia bagaikan itik yang sibuk mengepet ke sana ke mari. Kami riang ria bagaikan hari raya. Tapi bukan hari raya la. Yay.
Lalu kami membuat keputusan untuk ke Kelantan, dan meninjau keadaan di sana. Dekatkah kampus dengan rumah sewa? Rumah sewa dah cari ke belum? Belum la. Jadi macam mana nak estimate jarak? Okay, nampak sikit ketidak pandaian dalam mengatur jarak rumah. Ya, rumah di KB sangat berterabur sampaikan jalan raya-nya juga kucar kacir. Manusia suka melintas membabi buta. Padahal kereta serta bus lori teksi semuanya laju bagai terburu-buru nak kencing. Aduhai Kelantan, aku si pengecut lintas awal-awal sudah buat kesimpulan aku tak berani melintas di sana. Aaaah, sedikit bingung dengan diri sendiri. Sepert yang dilihat dalam Google, sememangnya UiTM KB dalam bandar. Oh mayyy. Apakah ini? Depannya ada jalan besar? Ahh tak boleh tak boleh. Aku ada lah sejenis manusia yang paranoid bila disuruh melintas ke seberang sana. Apalah UiTM ni. Sudahnya aku pening tengok jalan yang banyak transports tu.
* Kali pertama jejak Kelantan
Lantas bila kami tiba di hadapan bangunan UiTM, hanya guard yang ada. Dah kenapa guard nyer ade? Mana pelajarnya? Ya aku baru teringat, bangunan tu cuma ada budak ijazah saja. Diploma no tiada. Yah lupak pulak nih. Okay2, takda masalah. Jadi bila ditanya mana rumah sewa? Mana dekat? Sebab sy tak bawak transport ni. Jawab pakcik tu mudah, AMBIK NO NI, CALL. Aeshh.Pak cik, datang jauh- jauh ini je jawabnyer. Okay la, boleh diterima. Kebetulan masa tu tukang cari rumah sewa nya takda, jadi ambik no fone dia ajalah. Balik la kami sekeluarga ke Kedah.
Dari cerita kami pergi, memang tergesa-gesa. Tiadalah masa nak bermain berbeli belah di sana. Tiada. Masa kami suntuk. Hanya mencari yang perlu dan terbang balik ke Kedah. Dan jika sekiranya UiTM itu bersesuaian dengan keharmonian jiwa aku, akan aku turutkan offer itu.
Baik, sekembalinya dari Kelantan. Aku masih berkira-kira nak pergi atau tidak. Nak belajar atau tidak. Sedangkan yuran sudah dibayar, baju sudah ku shopping, segala kelengkapan memang sudah sempurna. Masa berjalan terlalu pantas tanpa memintas.
Tibalah beberapa hari sebelum pendaftaran.
Hari daftar 3.3.2014.
Maka kami bertolak ke KELANTAN pada 1.3.2014.
Dalam jangkaan itu, kami akan bersuka ria sebentar di KELANTAN. Dalam erti kata lain, sebelum ayah balik Kedah, kami akan seat together dulu lah. Adat la ni kalau nak tinggal anak jauh-jauh, last day mereka hantar kita, anak-anak akan spent time dengan ibu bapa. Tapi aku tidak beribu, hanya berbapa. Mak meninggal tahun lepas. Baik, tak mengapa. Redha dengan ujian Allah.
1.3.2014 kami bertolak dari Kedah dalam jam 10 pagi. Sampai di sana dalam jam 2 petang. Itupun ayah masih berlenggang bawa kereta. Ihikhihk. Hendak melintasi Banjaran Titiwangsa sudah makan 3,4 jam. Aku di belakang sudah loya dengan keadaan jalan yang super berbelit dan telinga aku sedikit pekak kerana berada di paras ketinggian yang melampau-lampau. Alah bisa tegal biasa, tinggi lagi kapal terbang yang selalu aku naik tu. Bagi mengelakkan rasa loya ya ampun itu, aku buat-buat sibuk berangan tentang masa depan sambil mata terpejam bagai org sedang nyenyak tidur. Ya apakah baju mengandung aku nanti? Perlukah kita mengambil gambar sewaktu mengandung nanti? Jika perlu apa temanya? Bunga raya atau bunga kertas? Hari pernikahan nanti nak pakai pelamin tak? Ke nak buat di masjid? Owh lupa, rumah nak sewa atau beli? Ya, semestinya pada hari perkahwinan aku nanti aku akan meminta ayah menyimpan makanan yg terhidang di meja pengantin untuk aku. KERANA APA? Kerana sewaktu makan beradab pengantin, aku mungkin tidak akan mengangakan mulut untuk menelan buah tembikai atau melahap udang. Semuanya mestilah tertib dan sopan kerna khuatir mulut merah akan ter-cop DI UDANG. Ahhhh. Khayalan tanpa sempadan aku memang jauh travelnya. Kalau boleh seantero kamasutra mahu di travel. Jauhnya... Ya jauh lagi.
Sesampainya di KB, kami terus cari rumah sewa. Kebetulan Farha(bakal kosmate, bakal housemate) dah cari, jadi kami terus tuju ke rumah tersebut.Setelah ditimbang tara, rumah tersebut jauh dari UiTM. Masih lagi ayah berkira-kira nak bagi ke tak, nak bagi ke tak. Sebab aku ke sana, tak bawa transport. Jadi nak ke kelas mungkin susah. Aku lihat-lihat ahli keluarga yg lain tak berapa menyokong. Mereka lagi prefer aku ada transport sendiri. Kata ayah, sampai bila nak bergantung dengan kawan. Kalau kawan tak pegi kelas, ekau pun tuang jugak ke?
Jadi aku berfikir lagi. Hari hari berfikir. Pening dah. Masak darah aku.
Ayah bagi 2 pilihan :
1. Kalau nak duduk di KB, harus ada transport, rumah sewa harus dekat dengan kampus.
2..Balik Kedah. Ayah bagi RM 1000 dan luaskan perniagaan online aku.
Guesss apa pilihan aku......?
...
...
Pilihan yang dibuat takkan pernah dibuat oleh sesiapa pun. Pilihan ini cepat lambat akan menentukan tarikh perkahwinan aku. Pilihan ini sedikit sebanyak memberi tekanan besar pada aku. Pilihan secara dalaman telah menjatuhkan semangat aku untuk bertahan dalam dunia perniagaan online. Pilihan ini sulit untuk aku publish. Sulit? Podah.
Tekalah, siapa pandai sy upah kupu-kupu.
Hello March, bulan tekanan.